Khamis, November 20, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jerman janji €50 juta setahun untuk tangani Long Covid

    BERLIN, 20 NOV – Jerman berjanji menyediakan €50 juta setiap tahun selama 10 tahun bagi tujuan penyelidikan Long Covid dan meningkatkan penjagaan pesakit, lapor agensi berita Jerman, dpa.

    Inisiatif untuk menangani ‘penyakit pascajangkitan’ itu diperkenalkan kelmarin oleh Menteri Kesihatan, Nina Warken dan Menteri Penyelidikan, Dorothee Bär.

    Simptom Long Covid termasuk keletihan teruk dan penurunan ketahanan badan dalam tempoh yang panjang. Keadaan yang muncul ketika pandemik koronavirus itu masih kurang difahami dan setakat ini tiada rawatan khusus tersedia.

    Warken berkata inisiatif baharu itu bertujuan membantu mereka yang terjejas oleh Long Covid ‘dalam kehidupan seharian, menyokong mereka, meningkatkan kesedaran dalam kalangan doktor dan, jika boleh, meluluskan ubat yang sudah sedia ada bagi penyakit lain.’

    Doktor dan penyelidik akan digabungkan untuk memerangi keadaan itu, katanya. Selain itu, inisiatif itu akan menambah bilangan klinik pesakit luar ‘supaya bantuan dapat diberikan dengan cepat dan dekat dengan kediaman.’ – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda