Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jerman juara Piala Hoki Remaja

    KUALA LUMPUR, 17 DIS – Holdermann, 20, berkata ia adalah kemenangan yang penuh emosi selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di Institut Sukan Negara (ISN) sejurus sebelum kemenangan 5-3 menentang Afrika Selatan dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B, 5 Disember lalu.

    “Saya rasa bukan hari yang baik kerana ia sangat sukar tetapi saya tidak sedar saya menjaringkan gol kemenangan. Selepas rehat, kami datang dengan mentaliti bahawa kami perlu memberi tekanan dan bermain dengan lebih baik.

    “Sungguh sukar dipercayai kami telah menjadi juara dalam JWC pertama saya,” kata pemain kelahiran Berlin itu kepada pemberita selepas perlawanan itu.

    Sementara itu, ketua jurulatih Perancis, Matthias Dierckens berkata anak buahnya hilang penguasaan bola dan mendapati ia lebih mencabar untuk menembusi bulatan pada separuh masa kedua.

    Terdahulu, perlawanan final yang dijadualkan pada jam 8:30 malam itu ditangguhkan sejam kerana hujan lebat sebelum perlawanan pingat gangsa antara Sepanyol dan India yang bermula pada jam 7 malam berbanding jadual awal jam 6 petang.

    Ketua pasukan Perancis, Gaspard Xavier dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan dan bintang yang semakin meningkat manakala Hugo Labouchere dari Belgium muncul sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan sembilan gol.

    Penjaga gol terbaik disandang Joshua Onyekwue Nnaji dari Jerman.

    Trofi dan pingat disampaikan oleh Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), Datuk Tayyab Ikram dan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal. – Bernama

    Para pemain hoki Jerman meraikan kemenangan setelah menewaskan pasukan Perancis. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda