Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jerman-Kanada perkukuh kerjasama perlombongan bahan mentah kritikal

    BERLIN, 27 OGOS – Jerman dan Kanada bersetuju untuk memperkukuh kerjasama dalam perlombongan bahan mentah kritikal, lapor agensi berita Jerman (dpa).
     
    Pada pertemuan di Berlin kelmarin, Canselor Friedrich Merz dan Perdana Menteri Kanada, Mark Carney mengumumkan pemeteraian memorandum persefahaman mengenai perkara itu.
     
    “Ini adalah langkah baik ke arah memperkukuh ekonomi kita,” kata Merz selepas rundingan berkenaan.
     
    Carney pula merujuk kepada kekayaan besar negaranya dalam sumber bahan mentah, termasuk simpanan litium dan mineral nadir bumi.
     
    Pada April lepas, Beijing mencetuskan kebimbangan global selepas mengenakan kawalan eksport ke atas tujuh jenis nadir bumi.
     
    China kini jauh mendahului pasaran dunia bagi bahan mentah itu yang dianggap penting untuk pembuatan motor elektrik dan komputer riba. – Bernama
     
    Menteri Tenaga dan Sumber Asli Kanada, Timothy Hodgson (kiri) dan Menteri Ekonomi dan Tenaga Jerman, Katherina Reiche bergambar selepas menandatangani Deklarasi Niat Bersama (JDoI) mengenai bahan mentah kritikal di Kedutaan Kanada, Berlin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda