BERLIN, 24 JUN – Jerman akan mula mengenakan bayaran untuk ujian pantas COVID yang sebelum ini percuma, walaupun kumpulan yang terdedah akan dikecualikan daripada bayaran tersebut.
Menteri Kesihatan, Karl Lauterbach berkata kelmarin bahawa bermula 1 Julai, ujian pantas yang tersedia secara meluas di pusat-pusat di seluruh Jerman akan menelan kos warganegara sebanyak 3 euro (AS$3.16) setiap satu, dengan selebihnya disubsidi oleh kerajaan.
Ujian akan kekal percuma untuk orang yang boleh membuktikan mereka tergolong dalam kumpulan yang terdedah, pelawat rumah jagaan dan hospital serta golongan anak damit. – AP