Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jerman kuarantin 1,000 orang

    BERLIN, 28 FEB – Kira-kira 1,000 orang dikuarantin di bandar paling ramai penduduk di Jerman hari ini, tatkala jumlah kes koronavirus di ekonomi terbesar Eropah meningkat melebihi 50.

    Daerah Heinsberg di Utara Rhine-Westphalia berkata ia terpaksa mengambil langkah meminta 1,000 tinggal di rumah setelah dua orang dijangkiti ketika mereka mengambil bahagian dalam perayaan karnival pada pertengahan Februari.

    Sekolah dan tadika juga ditutup di daerah itu sehingga Isnin apabila jumlah kes yang dikaitkan dengan virus mencecah 20.

    Di Hamburg, ibubapa dan anak-anak yang bersentuhan dengan pekerja dijangkiti di klinik universiti juga telah diarahkan tinggal di rumah selama 14 hari.

    Dengan kes baharu dikesan di beberapa negeri Jerman termasuk Hesse, Baden-Wuerttemberg dan Bavaria, Menteri Kesihatan Jens Spahn berkata pada minggu ini bahawa negara terbesar di Eropah ‘berada pada permulaan wabak epidemik koronavirus”.

    Kerajaan telah mengarah pihak berkuasa tempatan di 16 negeri supaya mengemas kini pelan persediaan pandemik.

    Ia juga mewajibkan pelancong yang tiba dari China, Korea Selatan, Jepun, Iran dan Itali untuk memberikan butiran hubungan kalau-kalau pergerakan mereka perlu dikesan disebabkan jangkitan.

    Pihak berkuasa juga dijangka memutuskan sama ada pesta pelancongan antarabangsa ITB akan dibatalkan beberapa hari sebelum ia dijadual dibuka di Berlin. – AFP

    Kertas tanda peringatan di pintu ‘Tolong jangan lupa untuk bersihkan tangan anda’ di Heinsberg, Jerman. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda