Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jerman lancar superkomputer terpantas Eropah

    FRANKFURT, 5 SEPT – Superkomputer terpantas Eropah, Jupiter, akan dilancarkan hari ini di Jerman dengan pengendalinya berharap ia dapat membantu benua itu dalam segala-galanya daripada penyelidikan iklim hinggalah kecerdasan buatan (AI).

    Berpusat di Pusat Pengkomputeran Juelich di barat Jerman, ia adalah superkomputer exascale pertama di Eropah bermakna ia akan dapat melakukan sekurang-kurangnya satu kuintillion (atau satu bilion bilion) pengiraan sesaat.

    Amerika Syarikat (AS) sudah mempunyai tiga komputer sedemikian, semuanya dikendalikan oleh Jabatan Tenaga.

    Jupiter ditempatkan di pusat seluas kira-kira 3,600 meter kira-kira separuh saiz padang bola sepak mengandungi rak pemproses dan dipenuhi dengan kira-kira 24,000 cip Nvidia.

    Separuh daripada 500 juta euro (AS$580 juta) untuk membangunkan dan menjalankan sistem dalam beberapa tahun akan datang diperoleh dari Kesatuan Eropah dan yang selebihnya dari Jerman.

    Kuasa pengkomputerannya yang luas boleh diakses oleh penyelidik merentasi pelbagai bidang serta syarikat untuk tujuan seperti melatih model AI.

    “Jupiter adalah satukemajuan besar dalam prestasi pengkomputeran di Eropah,” beritahu Ketua Pusat Juelich, Thomas Lippert, kepada AFP, sambil menambah ia adalah 20 kali lebih berkuasa daripada komputer lain di Jerman.

    Lippert berkata Jupiter ialah superkomputer pertama yang boleh dianggap berdaya saing di peringkat antarabangsa untuk melatih model AI di Eropah, yang telah ketinggalan di belakang AS dan China dalam sektor itu. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda