Tuesday, April 22, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jerman longgar sekatan pelawat dari UK, India

    BERLIN, 6 JULAI – Agensi kesihatan Jerman berkata semalam ia akan membatalkan pengharaman ke atas pelawat dari UK, India dan tiga negara lain yang dilanda virus varian Delta.

    Institut Robert Koch (RKI) berkata India, Nepal, Rusia, Portugal dan UK, kini disenaraikan sebagai negara varian virus, akan dikelaskan sebagai ‘kawasan jangkitan tinggi’ mulai esok.

    Perubahan itu melonggarkan satu pengharaman ke atas kemasukan pelawat bukan warga Jerman, sebaliknya bermakna sesiapa boleh masuk asalkan mereka mematuhi peraturan kuarantin dan ujian.

    Jerman memperkenalkan kategori perjalanan ‘negara varian virus’ dalam usaha untuk menghentikan varian koronavirus baharu yang masih belum menular secara meluas di negara itu. – AFP

    Menteri Kesihatan Jens Spahn bercakap kepada media selepas lawatan di Institut Robert Koch di Berlin pada 5 Julai 2021. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda