BERLIN, 1 April – Menteri Luar Jerman semalam berkata negaranya akan sentiasa terbuka untuk dialog bersama Rusia dan berharap dapat membentuk semula kepercayaan walaupun di tengah-tengah ketegangan diplomatik.
“Sikap Rusia beberapa tahun kebelakangan ini menyebabkan kepercayaan semakin hilang,” menurut Heiko Maas dalam satu temu bual bersama Bild am Sonntag.
“Pada masa yang sama, kami memerlukan Rusia sebagai rakan kongsi untuk menyelesaikan konflik wilayah bagi gencatan senjata dan langkah yang utama untuk perjanjian banyak pihak,” tambahnya.
“Dan itu adalah sebab utama kenapa kami masih terbuka untuk dialog dan berharap membentuk semula kepercayaan sedikit demi sedikit jika Rusia sanggup melakukannya.”
Ulasan itu dinyatakan selepas Jerman menyertai Amerika Syarikat dan beberapa negara-negara Barat dalam menyingkirkan diplomat Rusia susulan serangan agen saraf bekas perisik Rusia di England.
Britain dalam satu kenyataan memberitahu Rusia nampak ‘memainkan peranan yang besar’ atas serangan yang berlaku pada 4 Mac yang lalu yang mensasarkan Sergei Skripal dan anak perempuannya Yulia yang kini masih dirawat di hospital.
Moscow sekeras-kerasnya menafikan tuduhan itu dan berikrar untuk membuat perkara yang sama iaitu memecat dalam krisis terbesar ini.
Maas mempertahankan keputusan Jerman untuk menghantar pulang diplomat Rusia dan berkata respons gabungan daripada pihak Eropah sangat penting untuk melihatkan perpaduan bersama Britain dan juga petanda kesatuan bersama. – AFP