Wednesday, October 23, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jerman perketat kawalan sempadan tangani isu pendatang tanpa izin

    BERLIN, 17 OKT – Jerman mula menambah pemeriksaan baharu di sepanjang sempadan timur dan selatannya ketika ia mengendali peningkatan ketibaan pendatang tanpa izin.

    Berlin memaklumkan Kesatuan Eropah (EU) mengenai rancangannya untuk menjalankan pemeriksaan tetap di sempadan dengan Republik Czech, Poland dan Switzerland untuk menangani penyeludupan orang dan pendatang tanpa izin, kata Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan.

    “Kini tiba masanya mengambil semua langkah yang mungkin untuk menghentikan perniagaan kejam ini,” kata Menteri Dalam Negeri, Nancy Faeser dalam satu kenyataan.

    Sementara Switzerland tidak berada dalam EU, ia adalah sebahagian daripada kawasan sempadan terbuka Schengen Eropah, bersama dengan Jerman, Poland dan Republik Czech.

    Dalam Schengen, pemeriksaan hanya dibenarkan dalam keadaan luar biasa dan mesti dimaklumkan dengan Brussels sebelum ia boleh dilaksanakan.

    Jerman juga memaklumkan EU mengenai lanjutan kepada kawalan sempadan sedia ada dengan Austria, susulan krisis pendatang 2015, apabila ratusan ribu orang masuk ke negara itu.

    Pemeriksaan baharu dengan Republik Czech, Poland dan Switzerland akan dikenakan selama 10 hari mulai kelmarin dan boleh dilanjutkan sehingga maksimum dua bulan, kata kementerian itu. Kawalan dengan Austria akan dilanjutkan selama enam bulan mulai 12 November.

    Polis sempadan akan mengenakan kawalan baharu ‘secara fleksibel’ dan ‘bergantung kepada keadaan semasa’ di sempadan, kata Faeser. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda