Saturday, January 25, 2025
26.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jerman perlukan penawar

    SOCHI, 22 Jun – Juara bertahan Piala Dunia, Jerman berdepan tekanan hebat menjelang perlawanan kedua menentang Sweden dan disifatkan sebagai ‘perlawanan akhir’ dan pasukan kendalian Joachim Loew tahu bahawa jika mereka tewas, ia akan menamatkan kempen Piala Dunia.

    Perbincangan di Jerman sebelum kejohanan berlangsung adalah menumpukan untuk menjadi pasukan pertama dalam tempoh 56 tahun mengekalkan gelaran Piala Dunia.

    Tetapi kekalahan mengejut 1-0 ketika menentang Mexico, juara empat kali itu perlu menewaskan Sweden di Sochi bagi memastikan mereka kekal dalam kempen Piala Dunia.

    Secara tiba-tiba, kenangan manis semasa meraih gelaran Piala Dunia empat tahun yang lalu seperti sudah lama ditinggalkan.

    “Semua orang tahu bahawa ini merupakan ‘perlawanan akhir,’ ia sangat menjengkelkan

    kerana ia hadir begitu awal tetapi ia memang disengajakan,” menurut pengarah pasukan, Oliver Bierhoff.

    Aksi yang kurang menyakinkan ketika menentang Mexico tempoh hari mengejutkan para penyokong di Jerman, yang sudah biasa dengan menghadapi kemenangan.

    Juara Piala Dunia yang sering berdepan dengan soalan yang senang daripada media dan peminat yang sentiasa penyokong, telah berdepan dengan kritikan hebat.

    Beberapa bekas pemain antarabangsa datang ke studio-studio TV, memberi komen tentang pemain seperti Mesut Ozil dan Sami Khedira yang beraksi hambar.

    Di sebalik dinding yang tinggi di luar hotel pasukan Jerman, para pemain berbalas-balas kenyataan.

    “Sebelum ini, tidak ada komunikasi yang seperti ini antara pasukan,” menurut kapten Manuel Neuer. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda