BERLIN, 2 SEPT – Jerman akan melayan kunjungan Sepanyol dalam aksi pembukaan Liga Negara-Negara Eropah Jumaat ini dengan dua tonggak Bayern Munich, Leroy Sane dan Niklas Suele dilihat akan cuba untuk mempertingkat prestasi selepas sekian lama berehat panjang akibat kecederaan lutut. Jerman akan berdepan Sepanyol di Stuttgart sebelum bertemu Switzerland tiga hari kemudian di Basel.