Jerman pertimbang laksana sekatan

BERLIN, 11 NOV – Jerman memerlukan sekatan koronavirus selanjutnya untuk mengatasi pertambahan dalam jangkitan dalam ‘menghadapi musim sejuk’ ini, kata bakal canselor Olaf Scholz hari ini, menggesa mesyuarat bersama ketua-ketua menteri untuk memutuskan kekangan baharu.

Menurut agensi kesihatan Institut Robert Koch, negara itu telah merekodkan 50,196 kes baharu jangkitan koronavirus dalam tempoh 24 jam hari ini, pertama kali jumlah yang melebihi 50,000 orang.

Jangkitan dan kematian telah mendadak naik sejak pertengahan Oktober dalam penularan yang disalahkan Jerman ke atas kadar vaksinasi yang rendah iaitu hanya 67 peratus.

Ucapan Scholz muncul selepas beliau berdepan kritikan kerana berdiam diri berhubung situasi penting itu.

Bagaimanapun Scholz hari ini menyampaikan draf yang diusulkan oleh tiga parti dalam parlimen yang dikatakannya sekatan baharu itu adalah perlu untuk ‘menghadapi musim sejuk’ ini.

“Apa yang kita perlukan sekarang adalah negara perlu bersama dalam haluan yang sama, juga menggesa lebih ramai penduduk Jerman untuk menerima vaksin. – AFP

Penduduk Jerman berbaris di hadapan pusat vaksinasi COVID-19 bergerak untk menerima suntikan mereka di gedung beli-belah di Jerman pada 11 November. – AFP