Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jerman pilih datuk bandar keturunan Turki

    BERLIN, 11 NOV – Buat julung kalinya, pengundi di Hannover, Jerman telah memilih seorang ahli politik berketurunan Turki sebagai datuk bandar, lapor agensi berita Turki Anadolu. 

    Belit Onay, seorang anggota parlimen berusia 38 tahun dari Parti Hijau, meraih hampir 53 peratus undi dalam pengundian semalam, menewaskan pesaingnya, Eckhard Scholz, calon bebas yang disokong Parti Kesatuan Demokratik Kristian (CDU).

    Onay juga adalah ahli politik berketurunan Turki pertama yang memenangi jawatan itu di sebuah bandar utama Jerman.

    Semasa kempen pemilihan, beliau berjanji untuk mengubah Hannover menjadi sebuah bandar yang mesra iklim, memperjuangkan rumah mampu milik serta meningkatkan perpaduan sosial.

    Jerman mempunyai komuniti Turki berjumlah 3 juta orang, kebanyakannya adalah generasi kedua dan ketiga rakyat Jerman yang datuk nenek mereka berpindah ke negara itu pada 1960-an. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda