Friday, April 26, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Jerman rekod kes tertinggi jangkitan COVID-19

    MOSCOW, 26 JAN – Jerman merekodkan 164,000 kes baharu akibat jangkitan COVID-19 sejak 24 jam lepas, lapor Sputnik.

    Ia merupakan kadar jangkitan harian tertinggi dengan jumlah kumulatif melebihi 8 juta sejak wabak pandemik melanda.

    Data Institut Robert Koch hari ini merekodkan bahawa jangkitan COVID-19 telah mencecah 164,000 kes dengan 166 kematian dalam tempoh 24 jam lalu.

    Jumlah kes tertinggi kekal di wilayah Utara Rhine-Westphalia dan Bavaria, dengan masing-masing mencatatkan 37,470 dan 31,797 kes baharu.

    Negara itu merekodkan angka tertinggi 140,160 kes positif COVID-19 pada 21 Januari.

    Sementara itu, seramai 61.1 juta orang atau 73.5 peratus penduduknya telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, dengan sekurang-kurangnya 42.2 juta telah menerima suntikan penggalak.

    Situasi COVID-19 kekal meruncing di seluruh Kesatuan Eropah, dengan purata 1.2 juta kes direkodkan setiap hari.

    Kadar jangkitan tertinggi berlanjutan di Perancis, di mana lebih 500,000 kes dikesan kelmarin.

    Dianggarkan bahawa varian Omicron menyumbang kepada 91 peratus kes baharu di Perancis dan 57 peratus di Jerman. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...