Wednesday, October 23, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jerman sedia jual jet Eurofighter kepada Arab Saudi

    BAITULMAQDIS, 8 JAN – Jerman bersedia untuk membenarkan penjualan jet Eurofighter kepada Arab Saudi, kata Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock kelmarin, setelah bertahun-tahun menghalang perjanjian senjata dengan negara Teluk itu.

    Jerman, Britain, Itali dan Sepanyol bersama-sama membina jet itu dan masing-masing boleh membuat perjanjian.

    Berlin telah menyekat satu perjanjian, yang diminta oleh London sejak 2018.

    “Kami sebagai kerajaan persekutuan Jerman tidak melihat diri kami menentang pertimbangan British mengenai penjualan Eurofighter yang lain,” kata Baerbock kepada wartawan dalam lawatan ke Israel, di mana dia menekankan peranan Arab Saudi dalam krisis keselamatan Timur Tengah sejak tercetus perang Israel-Hamas pada 7 Oktober.

    Jerman telah menyekat penjualan senjata ke Riyadh sejak itu termasuk menyekat perjanjian untuk 48 jet Eurofighter yang ditandatangani oleh Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman di London. – AFP

    Sebuah jet Eurofighter dari TacticalAir Force Wing 71 Richthofen dari Angkatan Bersenjata Jerman Bundeswehr dilihat semasa latihan Hannover Shield 2023 di lapangan terbang di Hannover, utara Jerman pada 2 November 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda