Wednesday, January 15, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jerman sertai 15 negara dalam operasi perangi serangan siber

    BERLIN, 12 DIS – Polis Jerman hari ini berkata mereka telah mengambil bahagian dalam operasi bersama 15 negara lain untuk melumpuhkan platform dalam talian yang menawarkan untuk melancarkan serangan siber.

    Polis Jenayah Persekutuan berkata dalam satu kenyataan bahawa operasi Power Off, yang diselaraskan oleh Europol, telah dilaksanakan minggu ini dan menyasarkan ‘perkhidmatan stresser.’

    Pekhidmatan itu membolehkan serangan terhadap distributed denial of service (DDoS) yang bertujuan untuk mengatasi dan menjejas tapak web atau sistem peranti.

    Polis berkata sebanyak 27 perkhidmatan seumpama itu telah dilaksanakan di luar talian, empat daripadanya dihoskan di Jerman.

    Mereka juga berkata tiga pentadbir yang disyaki telah ditahan di Jerman dan Perancis manakala kira-kira 300 pengguna platform telah dikenal pasti.

    Menurut polis, penggunaan perkhidmatan berkenaan semakin berleluasa.

    Polis menyatakan bahawa motif penjenayah siber di sebalik serangan DDoS adalah berbeza-beza.

    “Ini termasuk sabotaj industri dan mengejar keuntungan kewangan, penyembunyian serangan siber lainnya dan juga didorong oleh motif politik,” tambahnya. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda