Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jerman tangguh penutupan loji nuklear susulan krisis tenaga

    BERLIN, 6 SEPT – Jerman akan mengekalkan dua loji nuklear terakhirnya dalam keadaan siap sedia sehingga April depan berikutan krisis tenaga yang semakin teruk, umum kerajaan kelmarin.

    Menteri Tenaga Robert Habeck dalam sidang media di Berlin berkata kerajaan tidak akan menarik balik rancangan untuk menamatkan program nuklearnya, tetapi akan menangguh penutupan dua daripada tiga loji nuklearnya, lapor Agensi Anadolu. “Kami akan melakukan segala yang perlu. Tetapi akan mengekalkan loji janakuasa nuklear Isar 2 dan Neckarwestheim sebagai rizab operasi,” tegasnya.

    Habeck berkata kajian komprehensif oleh kementeriannya telah membuat kesimpulan bahawa susulan ketegangan yang berterusan antara Rusia dan Ukraine, krisis tenaga pada musim sejuk tidak boleh ditolak sepenuhnya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda