Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Jerman terpaksa berhempas pulas untuk mara

    LONDON, 22 JULAI – Jerman kekal dalam saingan untuk merangkul kejuaraan Kejohanan Eropah wanita kesembilan tetapi terpaksa berhempas pulas untuk mencipta kemenangan 2-0 ke atas Austria untuk mara ke separuh akhir Euro Wanita 2022 kelmarin.

    Percubaan Austria nyaris mencetak tiga gol di London, tetapi jaringan daripada Lina Magull dan Alexandra Popp berjaya menghantar Jerman mara untuk bertemu Perancis atau Belanda di separuh akhir.

    Jerman telah mengharungi saingan kumpulan paling sukar dengan kemenangan meyakinkan ke atas Denmark, Sepanyol dan Finland untuk melayakkan diri ke peringkat lapan terakhir dengan bergaya.

    Dalam aksi perlawanan kelmarin, mereka terus berjuang hingga ke hujung perlawanan sehingga Popp menghasilkan gol luar biasa pada minit ke-90, apabila dia merembat masuk ke gawang Manuela Zinsberger, sekali gus memberi mereka ruang kepada Jerman untuk kembali bernafas.

    Austria telah membuktikan bahawa mereka adalah lawan yang tidak boleh dipandang rendah dengan memberikan cabaran sengit kepada England meskipun tewas 1-0 pada malam pembukaan kejohanan serta menyingkirkan Norway dalam peringkat kumpulan.

    Pasukan kendalian Irene Fuhrmann memulakan permainan dengan bertenaga apabila Julia Hickelsberger-Fuller membuat rembatan jarak dekat ke gawang Jerman sebelum tandukan Marina Georgieva tersasar melepasi tiang menerusi hantaran sudut.

    Jerman kemudiannya memanfaatkan peluang daripada kesilapan pertahanan Austria apabila Magull mencetak gol keduanya dalam kejohanan tersebut menerusi hantaran lintang Klara Buhl.

    Dalam aksi separuh masa kedua, Austria mencipta banyak peluang dan nyaris mendapatkan gol penyamaan.

    Tetapi Jerman kembali mendapatkan rentak permainan sebelum Popp muncul menghasilkan gol keempatnya dalam kejohanan tersebut. – AFP

    Aksi penyerang pasukan Jerman, Alexandra Popp (kanan) bersaing mendapatkan tandukan semasa perlawanan bola sepak suku akhir Euro Wanita 2022 UEFA Austria di Stadium Komuniti Brentford kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...