Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jerman tewaskan Belanda mara ke suku akhir

    BERLIN, 15 OKT – Gol sulung Jamie Leweling menentang Belanda memberikan Jerman kemenangan tipis 1-0 dalam Kumpulan A3 UEFA Nations League kelmarin.

    Jerman menyangka mereka telah membuat permulaan dongeng di tanah sendiri, tetapi gol pembukaan awal Leweling diketepikan kerana ofsaid pada minit ketiga selepas semakan oleh pembantu pengadil video.

    Tuan rumah memperoleh momentum menguasai awal permainan, tetapi Maximilian Mittelstadt tidak dapat menewaskan penjaga gol Bart Verbruggen dari posisi yang baik selepas 11 minit.

    Anak buah Ronald Koeman turut bergelut untuk dalam pertembungan itu, sementara Jerman sepatutnya membuka jaringan pada tanda setengah jam. Bagaimanapun, rembatan Leweling dari jarak 11 meter berjaya dihalang oleh Stefan de Vrij dan Tim Kleindienst gagal memanfaatkan hantaran yang silap daripada Micky van de Ven sebelum rehat.

    Belanda mengawal penguasaan bola selepas rehat, tetapi Jerman yang lebih mengancam apabila Serge Gnabry merembat tersasar dari jarak 14 meter pada minit ke-8 separuh masa kedua.

    Skuad kendalian Julian Nagelsmann itu akhirnya memecah kebuntuan setelah sejam permainan apabila Belanda gagal mengeluarkan bola daripada sepakan sudut memberi peluang Leweling mendapatkan bola dan membuat jaringan di sudut kanan atas.

    Pasukan pelawat hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-77, tetapi rembatan Xavi Simons dari jarak 20 meter terkena palang.

    Jerman terus mengancam dan hampir menggandakan kelebihan apabila Denzel Dumfries menghalang rembatan Mittelstadt.

    Belanda mempunyai satu lagi peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan pada lewat permainan apabila Donyell Malen bertukar hantaran dengan Simons sebelum melepaskan rembatan ke sasaran. Bagaimanapun, penjaga gol Jerman Oliver Baumann melakukan menafikan percubaannya dengan baik dan memastikan tiga mata untuk tuan rumah.

    Jerman kekal di tangga teratas Kumpulan A3 dengan sepuluh mata, diikuti Belanda (5 mata), Hungary (5 mata), dan Bosnia-Herzegovina (1 mata). – Xinhua

    Aksi Jamie Leweling menjaringkan gol semasa perlawanan bola sepak Liga Negara UEFA antara Jerman dan Belanda di Munich kelmarin.  – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda