Friday, February 21, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jerman tingkat pemantauan terhadap Apple

    BERLIN, 5 APRIL – Badan pemantau anti-kartel Jerman hari ini berkata ia telah meletakkan syarikat gergasi komputer AS, Apple di bawah pengawasan yang lebih rapi untuk sebarang kemungkinan penyalahgunaan kedudukan pasarannya.

    Pejabat Kartel Persekutuan berkata ia telah menentukan Apple menjadi sebuah syarikat yang penting untuk persaingan merentas pasaran, satu langkah yang membolehkannya mengambil tindakan terhadap dan melarang secara berkesan amalan anti-persaingan.

    Apple menyertai Amazon, induk Google Alphabet dan Meta, kumpulan di sebalik Facebook, akan menjalani siasatan di bawah Akta Persaingan Jerman.

    Akta itu, yang berkuat kuasa pada Januari 2021, membolehkan pihak berkuasa kartel campur tangan lebih awal, terutamanya terhadap syarikat gergasi teknologi dunia.

    Produk-produk seperti telefon pintar iPhone yang sangat berjaya bermakna Apple telah menakluki ‘ekosistem digital yang luas’ yang sangat penting untuk persaingan di Jerman dan di seluruh dunia, kata ketua Pejabat Kartel Persekutuan, Andreas Mundt dalam satu kenyataan. – AFP

    Gambar fail diambil pada 23 September 2020, logo Apple kelihatan pada tingkap kedai syarikat yang baru dibuka di Bangkok. – AFP4
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda