Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jerman tuan rumah Euro 2024

    NYON, Switzerland, 28 Sept – Jerman memenangi perebutan untuk menganjurkan Kejuaraan Eropah 2024 apabila UEFA melihat bidaan tersebut lebih selamat berbanding tawaran yang dikemukakan oleh Turki.

    Isu melibatkan politik, perpaduan nasional dan hormat terhadap hak asasi kemanusiaan di Turki muncul sebagai isu utama dalam kempen untuk menjadi tuan rumah bagi acara bola sepak antarabangsa utama Eropah itu.

    Keputusan akhir telah menyaksikan Jerman menang undian yang dijalankan oleh ahli jawatankuasa eksekutif UEFA dengan perkiraan 12-4 dengan satu berkecuali.

    UEFA menggambarkan bidaan Jerman itu sudah memiliki segala-galanya untuk menjadi tuan rumah acara itu – dari stadium sehinggalah infrastruktur dan hotel.

    “Kami akan melakukan yang terbaik untuk memenuhi jangkaan kami,” kata Presiden Persekutuan Bola Sepak Jerman (DFB), Reinhard Grindel selepas kejayaan itu diumumkan di ibu pejabat UEFA, Switzerland.

    Presiedn UEFA, Aleksander Ceferin mendedahkan Jerman ketika negara itu terpilih untuk menjadi tuan rumah Euro 2024, kelmarin. – AFP

    Jerman menghoskan Piala Dunia pada tahun 2006, tetapi tidak pernah menganjurkan kejohanan Euro sebagai negara bersatu, di mana Jerman Barat telah menghoskan kejuaraan itu pada 1988.

    Kemenangan itu juga menawarkan pemangkin ke atas bola sepak Jerman selepas bencana Piala Dunia 2018, apabila negara itu gagal layak pada pusingan 16 terakhir selepas menjuarai kejohanan pada 2014.

    Badan induk bola sepak Eropah itu juga berkata ia mahu menghasilkan lebih banyak keuntungan daripada persaingan 2024 itu dan Jerman mempertimbangkan pertaruhan kewangan yang lebih baik.

    Tetapi Jerman tidak melihat dirinya sebagai kedudukan yang menarik, yang boleh menghoskan perlawanan yang menguntungkan tanpa sebarang masalah, malah ia juga menyuarakan harapan agar perlawanan yang diadakan di negaranya itu boleh membangun perpaduan masyarakat. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda