Wednesday, July 3, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Jerman tundukkan Denmark

    DORTMUND, 30 JUN – Tuan rumah, Jerman berjaya mengalahkan Denmark 2-0 dalam aksi pusingan 16 terakhir Euro 2024 kelmarin, menerusi sepakan penalti Kai Havertz pada separuh masa kedua dan gol daripada Jamal Musiala.

    Kemenangan itu menandakan kemenangan pertama Jerman dalam pusingan kalah mati sejak lapan tahun dan kini mereka akan berdepan Sepanyol dan Georgia pada Jumaat depan, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Perlawanan terpaksa dihentikan selama 30 minit pada separuh masa pertama akibat ribut, selepas Jerman mendominasi babak awal permainan.

    Pada minit ke-53, Joachim Andersen didapati menyentuh bola dengan tangan dalam kotak penalti selepas semakan VAR, dan Havertz tidak mensia-siakan peluang dengan menjaringkan gol melepasi Kasper Schmeichel.

    Hantaran cemerlang oleh Nico Schlotterbeck kemudian membolehkan Musiala menggandakan jaringan pada minit ke-68, memastikan kemenangan Jerman.

    Kali terakhir Jerman bermain dalam kejohanan utama di Dortmund, mereka tewas kepada Itali dalam separuh akhir Piala Dunia 2006.

    Walaupun pasukan bimbingan Julian Nagelsmann tidak bermain pada tahap terbaik, ia cukup untuk membalas dendam terhadap kekalahan kepada Denmark dalam final Euro 1992. – Bernama

    Aksi Havertz bersaing dengan pemain Denmark, Jannik Vestergaard semasa perlawanan di Dortmund, Jerman pada 29 Jun 2024. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kira-kira 115,000 pelarian Afghanistan dari Pakistan, Iran pulang ke tanah air

    KABUL, 2 JULAI – Kira-kira 115,000 pelarian Afghanistan dari Pakistan dan Iran telah pulang ke negara asal mereka sejak sebulan lalu, menurut Kementerian Pelarian...