Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Jerman umum pelan bantuan baharu perangi inflasi

    BERLIN, 5 SEPT – Jerman akan melabur 65 bilion euro tambahan dalam langkah baharu bertujuan memerangi inflasi dan harga tenaga tinggi untuk pengguna, umum gabungan parti pemerintah semalam.

    “Jerman bersatu dalam masa yang sukar. Sebagai sebuah negara, kami akan mengharungi masa sukar ini,” kata Canselor Olaf Scholz pada sidang media semalam bersama pemimpin daripada parti Hijau dan FDP, dua rakan gabungan Parti Sosial Demokrat.

    Di antara langkah yang diumumkan semalam adalah bayaran tambahan sekali gus untuk membantu pengguna membayar kos tenaga, harga maksimum ke atas jumlah penggunaan tenaga untuk keluarga dan individu dan pengganti kepada ‘tiket 9-euro’ untuk pengangkutan awam di seluruh negara.

    Scholz berkata beliau ‘sedar’ bahawa ramai warga Jerman sedang bergelut untuk menghadapi kenaikan harga dan kerajaan bersedia untuk membantu.

    Selain bayaran sekali gus 300 euro yang diumumkan sebelumnya untuk pekerja bertujuan membantu menghapus kos tenaga, kerajaan merancang menawarkan bayaran sekali untuk kumpulan lain. Pesara akan menerima 300 euro, misalnya, sementara pelajar pula menerima 200 euro.

    Untuk mengekalkan kos tenaga lebih rendah untuk individu dan keluarga, kerajaan mengumumkan ‘pembaikan harga’ ke atas harga tenaga, merancang menawarkan jumlah asas tenaga kepada semua pada kadar lebih rendah.

    Kerajaan juga akan membangunkan pengganti kepada ‘tiket 9 euro’, tiket seluruh negara yang membenarkan perjalanan tidak terhad ke atas transit awam tempatan dan serantau.

    Tiket 9 euro sebulan diumumkan untuk tiga bulan pada awal Jun sebagai sebahagian daripada program kerajaan bertujuan membantu memerangi inflasi dan harga minyak yang tinggi. – AP

    Olaf Scholz (dua kiri) menyertai Omid Nouripour (kiri), Saskia Esken (kanan) dan Christian Lindner pada sidang media selepas mesyuarat parti SPD, Hijau dan FDP di Berlin, Jerman pada 4 September 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...