Sunday, December 10, 2023
29.1 C
Brunei

    -

    Jersi Michael Jordan Last Dance dijual AS$10.1 juta

    NEW YORK, 16 SEPT – Jersi yang dipakai oleh legenda bola keranjang Michael Jordan semasa Permainan 1 Pusingan Akhir NBA 1998, yang juga kejuaraan terakhirnya, dijual dengan harga AS$10.1 juta pada Khamis, kata Sotheby.

    Jersi merah Chicago Bulls ikonik, dengan nombor 23 Jordan di belakang, mendapat jumlah tertinggi daripada mana-mana memorabilia sukan yang dipakai dalam permainan, kata firma lelong itu, dan mencipta rekod baharu untuk lelongan jersi bola keranjang.

    Jumlah bidaan terakhir itu adalah dua kali ganda anggaran Sotheby, dan jersi itu menarik sehingga 20 bidaan.

    Pakaian Jordan itu mengatasi rekod yang dicatatkan pada bulan Mei untuk memorabilia sukan termahal pernah dijual, iaitu jersi ‘Hand Of God’ Diego Maradona.

    Rekod sebelumnya untuk jersi bola keranjang yang dipakai dalam permainan adalah jersi yang ditandatangani oleh Kobe Bryant, yang dipa-kainya pada 1996-97.

    Jersi Jordan adalah yang kedua dipakai oleh bintang itu semasa enam kejuaraan untuk dijual di lelongan.

    Kebanyakan jersi NBA Finals Jordan kekal dalam tangan persendirian, menurut Sotheby’s, walaupun dia telah menyumbangkan satu jersi kepada Muzium Sejarah dan Kebudayaan Amerika Afrika Smithsonian.

    Jordan, kini 59, menghabiskan sebahagian besar karier bola keranjangnya dengan Bulls, dia memenangi semua enam gelarannya bersama Bulls, tetapi keluar dari persaraan pada 2001 untuk bermain dua musim dengan Washington Wizards.

    Musim terakhirnya bersama Bulls diperincikan dalam dokumentari popular ESPN/Netflix ‘The Last Dance’ yang dikeluarkan pada 2020. – AFP

    Jersi perlawanan akhir Michael Jordan 1998 ‘The Last Dance’ dipaparkan dalam bekas kaca, menonjolkan sempena lelongan memorabilia sukan Sotheby yang digelar “Invictus” di New York, 6 September 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Hong Kong adakan pilihan raya majlis pertama di bawah peraturan baharu

    HONG KONG, 10 DIS - Penduduk pergi mengundi pada hari ini dalam pilihan raya majlis daerah pertama Hong Kong sejak rombakan pilihan raya dilaksanakan...