Monday, July 14, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jersi nombor 20 Jota tidak akan digunakan

    LIVERPOOL, 13 JULAI – Liverpool akan memansuhkan jersi nombor 20 milik Diogo Jota sebagai penghormatan kepada penyerang Portugal itu yang terkorban bersama abangnya, Andre Silva, dalam kemalangan jalan raya awal bulan ini.

    “Selepas perbincangan dengan isterinya, Rute, dan ahli keluarga, kelab mengumumkan bahawa nombor jersi tersebut akan dikeluarkan sebagai tanda penghormatan dan ingatan terhadap Diogo di semua peringkat, termasuk pasukan Wanita LFC dan Akademi,” menurut kenyataan kelab pada Jumaat.

    “Saya percaya ini merupakan kali pertama dalam sejarah Kelab Bola Sepak Liverpool penghormatan sebegini diberikan kepada seorang individu,” kata Ketua Eksekutif kelab, Michael Edwards.

    “Oleh itu, kita boleh katakan ini adalah penghormatan unik untuk seorang insan yang luar biasa,” tambahnya.

    Liverpool akan kembali beraksi buat kali pertama sejak tragedi 3 Julai itu dalam perlawanan persahabatan pramusim menentang kelab Liga Kejuaraan England, Preston, hari ini.

    Lagu ikonik Liverpool, You’ll Never Walk Alone, akan dimainkan sebelum sepak mula dan Preston akan meletakkan kalungan bunga di hadapan penyokong pelawat.

    Penonton akan bertafakur selama satu minit, diiringi paparan penghormatan digital di skrin besar stadium serta papan iklan tepi padang, manakala pemain kedua-dua pasukan akan memakai lilitan lengan hitam. – AFP

    Jersi nombor 20 yang disarung oleh Diogo Jota bakal dimansuhkan oleh Liverpool. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda