NEW YORK, 6 APRIL – Jersi yang dipakai oleh Diego Maradona ketika menjaringkan dua gol menentang England dalam Piala Dunia 1986, termasuk gol menggunakan tangan yang terkenal, akan dilelong akhir bulan ini, menurut pengumuman dari Sotheby, hari ini.
Baju nombor 10 berwarna biru tersebut dimiliki oleh pemain tengah pasukan lawan, Steve Hodge sejak berakhirnya pertemuan kontroversi Piala Dunia, yang menukar jersinya dengan Maradona selepas England tewas 2-1.
Perlawanan suku akhir, salah satu yang paling diingati dalam sejarah Piala Dunia, mempunyai kepentingan khusus untuk Argentina kerana ia dimainkan hanya empat tahun selepas mereka kalah dalam perang Falklands.
Perlawanan tersebut terukir menjadi cerita rakyat bola sepak untuk dua gol Maradona, satu yang terkenal dan satu hebat di Stadium Aztec di Mexico City.
Sementara itu, yang pertama dijaringkan selepas separuh masa apabila Hodge, di tepi kawasan penalti England, memintas hantaran tersebut dan menguis bola kembali ke arah gawang gol.
Maradona, berlari ke dalam kotak penalti, melompat bersama penjaga gol England, Peter Shilton dan memasukkan bola ke dalam gawang.
England berasa marah dan mengadu kepada pegawai yang percaya bahawa Maradona telah menanduk masuk bola berkenaan, membenarkan jaringan gol tersebut dikira. – AFP
