Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jerung betina membiak tanpa persenyawaan

    ROM, 31 JULAI – Para penyelidik Itali telah mencatatkan kes pertama ‘kelahiran dara’, atau pembiakan tanpa persenyawaan, dalam spesies jerung yang terancam, lapor jurnal saintifik minggu ini.

    Hasil penemuan yang diterbitkan dalam Scientific Reports itu melibatkan kes pertama fenomena tersebut dalam jerung biasa, Mustelus mustelus, spesies yang diancam oleh penangkapan ikan haram yang mendiami Mediterranean dan perairan panas yang lain.

    Para penyelidik dari Institut Eksperimen Zooprophylactic Piedmont, Liguria dan Lembah Aosta mendapati bahawa dua ekor jerung M. mustelus betina di bawah pemerhatian dalam kurungan telah menunjukkan partenogenesis – di mana seekor betina boleh membiak secara aseksual tanpa memerlukan sperma untuk mensenyawakan telur – setiap tahun sejak 2020.

    “Luar biasa, penemuan ini mendedahkan bahawa partenogenesis boleh berlaku setiap tahun dalam jerung berkenaan, berselang-seli antara dua betina, dan secara konklusif tidak melibatkan simpanan sperma jangka panjang sebagai punca,” tulis pengarang kajian itu. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda