LOS ANGELES, 18 Jan – Kelibat seekor jerung spesies Great White dipercayai antara yang terbesar pernah ditemui, dilihat di pantai Hawaii, kata seorang penyelam yang berenang bersama haiwan pemangsa itu.
Jerung betina kira-kira 20 kaki (enam meter) yang dikenali sebagai ‘Deep Blue’ itu mengejutkan penyelam ketika dilihat bersama sekumpulan jerung lain, sedang makan bangkai seekor paus sperma di pantai Oahu.
“Kami nampak beberapa ekor (jerung harimau), sebelum ia muncul menyebabkan jerung lain lari, dan dia mula menggeselkan badanya dengan bot,” kata Ocean Reamsey, salah seorang daripada penyelam itu, ketika menceritakan kejadian itu kepada Honolulu Star Adviser.
“Gergasi lembut yang menakjubkan ini hanya ingin menggunakan bot kami sebagai tempat menggaru, yang berenang bersama jerung sepanjang hari dan mengambil gambar menarik.
“Kami keluar ke laut ketika matahari terbit dan ia terus bersama kami sepanjang hari,” tambah Ramsey. – AFP