Thursday, May 1, 2025
31.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jerung paling tua di dunia

    NUUK – Seekor ikan jerung dipercayai merupakan haiwan bertulang belakang paling tua di dunia, lapor jurnal saintifik, Science.

    Spesies jerung Greenland gergasi itu ditemui di Lautan Atlantik Utara oleh sepasukan saintis baru-baru ini. Mereka menganggarkan usia ikan itu mencecah 512 tahun.

    Penyelidik berkenaan menggunakan saiz badan ikan tersebut untuk menganggarkan tahun kelahirannya iaitu sekitar 1505 ketika bakal raja England, Raja Henry VIII memutuskan tali pertunangan dengan Catherine of Aragon. Spesies jerung Greenland membesar sebanyak 1 sentimeter (sm) setahun manakala ikan itu diketahui mampu hidup selama ratusan tahun.

    Pakar-pakar jerung menggunakan ukuran badan ikan itu yang memiliki panjang 549sm di samping ujian radiokarbon untuk menentukan usianya, demikian menurut laporan dalam jurnal Science. Ikan tersebut adalah yang paling tua dalam sekumpulan 28 Jerung Greenland yang diuji dalam kajian itu. – Agensi

    Spesies jerung gergasi Greenland itu ditemui di Lautan Atlantik Utara oleh sepasukan saintis baru-baru ini. Mereka menganggarkan usia ikan itu mencecah 512 tahun. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda