Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jeryl Lee mirip Lisa Blackpink?

    Penyanyi, Jeryl Lee Pei Ling yang merupakan rakyat Malaysia pertama memenangi sebuah program realiti terkenal di China semakin mencuri perhatian gara-gara rupa parasnya yang seakan-akan ahli Blackpink, Lisa.

    Persamaan tersebut turut disedari peminatnya menerusi reaksi mereka pada setiap gambar yang dimuat naik Jeryl di Instagramnya.

    “Saya sangka awda adalah Lisa. Bagaimanapun awda ada personaliti sendiri,” tulis peminat.

    “Adakah awda pasti awda bukan adik perempuan Lisa yang terpisah?” seloroh seorang lagi peminat.

    Dalam pada itu, menurut laporan Utusan Malaysia, peminat Jeryl juga meminta agar mana-mana pihak tidak membanding-bandingkan penyanyi tersebut dengan Lisa.

    “Tolong jangan bandingkan dia dengan Lisa. Dia kuasai vokal, Lisa pula Rap dan tarian,” tulis peminat.

    Jeryl mengharumkan nama negara selepas menjadi rakyat Malaysia tunggal yang menjadi juara The Next 2023 yang berlangsung September tahun ini.

    Penyanyi berasal dari Pulau Pinang itu sebelum ini pernah menyertai beberapa pertandingan nyanyian di negara tersebut antaranya Water Cube Cup China pada tahun 2014 dan Sing! China 2016. – Agensi

    Persamaan mereka disedari peminat pada setiap gambar yang dimuat naik oleh Jeryl di Instagram. – Agensi

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda