Wednesday, July 16, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jesicca Simpson salahkan John Mayer

    Penyanyi dan pelakon Jessica Simpson mendakwa dalam buku terbaharunya bahawa dia berdepan dengan masalah ketagihan alkohol kerana hubungannya dengan John Mayer.

    Jessica menjelaskan dia mahu menjadi seorang yang sempurna di mata John menyebabkan dirinya berasa tertekan.

    Dalam buku terbaharunya yang bertajuk Open Book, Jessica Simpson menceritakan tentang perjuangannya dengan penyalahgunaan bahan, perceraiannya dengan Nick Lachey, dan mendedahkan hal-hal yang tidak diketahui umum tentang hubungannya masa lalu dengan bekas teman lelakinya, John Mayer. Jessica, 39, mula berkenalan dengan John pada tahun 2005 selepas bercerai dengan bekas suaminya, Nick.

    Buku hasil tulisan Jessica ini akan dilancarkan pada 4 Februari kelak.

    “Saya sentiasa merasa bimbang jika sekiranya saya tidak cukup bijak untuknya.

    “John seorang yang pandai dan tahu untuk mengambil hati. Kebimbangan saya akan meningkat dan untuk menghilangkan kebimbangan yang dialami saya akan mula minum alkohol,” jelas Jessica.

    Di dalam buku itu juga, Jessica mendedahkan bahawa dia mula berdepan dengan masalah ketagihan minum alkohol dan pil selepas pernah disiksa secara seksual dan menangani tekanan kerjayanya di akhir 90an dan awal tahun 2000.

    Hubungan cinta antara Jessica dan John mula retak pada tahun 2007. – Agensi

    Jessica Simpson mendakwa dia berdepan dengan masalah ketagihan minum alkohol kerana hubungan lalunya dengan John Mayer. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda