Saturday, October 19, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jessi selesai beri keterangan kes serang peminat

    Penyanyi Jessi tampil di Balai Polis Gangnam, Korea Selatan pada Rabu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mencederakan peminat yang dipercayai dilakukan oleh salah seorang kru pengurusannya.

    Ketika bertemu media, Jessi memberitahu dia sedia memberi kerjasama penuh berhubung perkara tersebut, kongsi mStar.

    Penyanyi itu bagaimanapun menakan lelaki tersebut merupakan kenalannya dan tidak pernah bertemu sebelum kejadian.

    “Saya harap pihak polis akan jumpa lelaki itu dengan segera dan diberi hukuman.

    “Saya baru melihatnya sekali. Saya mohon maaf kepada mangsa,” katanya.

    Jessi selesai memberi keterangan selepas enam jam. – Allkpop

    Dia selesai memberi keterangan selama enam jam dan dilihat keluar dari balai polis berkenaan pada awal pagi kelmarin.

    Dalam insiden yang berlaku pada 29 September lalu, seorang peminat cuba mendekati Jessi untuk merakamkan gambar bersama.

    Namun permintaan tersebut dihalang oleh seorang lelaki yang berdiri dekat dengan Jessi ketika itu.

    Susulan kejadian yang berlaku, seorang mangsa lain mendedahkan pernah berdepan situasi sama pada Mei 2013. Wanita berkenaan mendakwa Jessi bersama dua orang rakannya melakukan serangan di sebuah kelab.

    Mereka juga merampas beg tangan wanita tersebut dan menuntut permohonan maaf secara melutut bagi mendapatkannya semula. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda