Thursday, February 13, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jessica Alba hamil anak ketiga

    PELAKON Jessica Alba mengumumkan berita gembira mengenai dirinya kini sedang hamil anak ketiga di Instagramnya baru-baru ini.

    Jessica Alba, 36, memuat naik video bersama dua orang anaknya, Honor Marie Warren, 9, dan Haven Garner Warren, 5, yang memegang belon berbentuk angka 1 dan 2 manakala dia memegang angka 3.

    Menerusi kapspyen di video tersebut, Jessica Alba memberitahu dia dan suaminya, Cash Warren menantikan kehadiran orang baru dalam keluarga mereka.

    “Secara rasmi @cash_warren dan saya sedang menantikan kelahiran anak ketiga kami. #babyonboard #herewegoagain #blessed,” tulis Jessica Alba.

    Pelakon wanita tersebut kelihatan lebih anggun dengan bergaun hitam dan berkasut tinggi.

    Jessica dan Cash Warren menantikan kelahiran anak ketiga mereka.
    Jessica dan Cash Warren menantikan kelahiran anak ketiga mereka.

    Dalam salah satu temubual, pelakon Fanstatic Four ini pernah memberitahu betapa dia gembira menjadi seorang ibu. Malah, dia menikmati hari-harinya sebagai ibu kepada dua orang anaknya biarpun sibuk sebagai pengusaha dan selebriti.

    “Jadi ibu sangat mengagumkan dan saya sangat gembira. Saya pernah rasa stres dan bimbang dengan tubuh badan sebelum mempunyai anak.

    “Tapi sekarang saya tahu betapa perkara tersebut tidak penting. Menjadi seorang ibu memberikan saya satu perspektif baru.

    “Hamil dan melahirkan anak membuat saya lebih menghargai tubuh badan,” katanya menerusi majalah Female First.

    Jessica dan Cash Warren berkahwin pada tahun 2008 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda