Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Jessie J hamil kali kedua

    Selepas mengalami keguguran pada November 2021, penyanyi Jessie J telah mengumumkan bahawa dia kini sedang hamil anak pertama.

    Jessie, 35, meluahkan rasa teruja dan dalam masa yang sama berasa takut untuk memberitahu tentang berita kehamilannya ini.

    Jelas Jessie seakan ingin menangis kegembiraan atas berita gembira yang diterima.

    “Saya sangat gembira dan takut untuk berkongsi perkara ini,” katanya.

    “Tolong doakan saya, sejujurnya saya rasa ingin menangis kegembiraan setelah mendapat tahu saya hamil lagi,” katanya lagi.

    Jessie berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada hari Sabtu.

    Pada ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat begitu teruja mendengar khabar berita ini dan mengucapkan tahniah buat penyanyi berkenaan.

    Terdahulu, Jessie pernah berkongsi berita sedih apabila dirinya mengalami keguguran selepas melakukan pemeriksaan buat kali ketiga pada November 2021.

    Penyanyi lagu Price Tag itu juga turut mendedahkan dia melalui proses kesuburan bagi mendapatkan zuriatnya sendiri. – Agensi

    Jessie J meluahkan rasa teruja dan takut pada masa yang sama atas berita kehamilannya setelah pernah mengalami keguguran sebelum ini. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...