Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jet Airways pecat dua juruterbang

    MUMBAI, 9 Jan – Sebuah syarikat penerbangan India berkata hari ini ia telah memecat dua juruterbang selepas laporan mereka bertengkar dan kedua-duanya meninggalkan kokpit tanpa kendalian sesiapa semasa penerbangan hari Tahun Baru dari London ke Mumbai.

    Jet Airways mengambil tindakan selepas siasatan mendakwa bahawa seorang juruterbang lelaki telah menampar rakan wanitanya semasa pertengkaran semakin panas apabila pesawat itu berada di udara membawa 324 penumpang.

    Pertengkaran itu dilaporkan telah mengakibatkan juruterbang wanita meninggalkan kokpit dalam tangisan dan dia telah dipujuk oleh kru kabin untuk masuk semula ke kokpit.

    Dalam masa yang sama, juruterbang lelaki juga telah meninggalkan kokpit, meninggalkan kawalan di kokpit tanpa kendalian sesiapa, menurut laporan media tempatan.

    “Susulan daripada kajian peristiwa tersebut… Jet Airways telah menamatkan perkhidmatan kedua-dua kru kokpit itu dengan serta-merta,” kata Jet dalam satu kenyataan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda