Monday, May 12, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jet F15 hilang dari radar

    TOKYO, 31 JAN – Tentera Jepun berkata hari ini ia mencari sebuah jet pejuang yang hilang dari radar sejurus selepas berlepas.

    “Pencarian dilakukan ke atas sebuah jet F15 yang hilang dari data menara kawalan Komatsu selepas berlepas,” kata seorang jurucakap bagi Pasukan Pertahanan Udara Jepun kepada AFP.

    Pesawat itu hilang kira-kira 5km dari pangkalan udara Komatsu di tengah rantau Ishikawa, luar Laut Jepun, tambahnya.

    Jurucakap berkata pesawat itu direka untuk dua kru namun tidak mengesahkan berapa orang yang menaikinya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda