Sunday, March 16, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jet Musk tinggalkan Shanghai

    SHANGHAI, 1 JUN – Sebuah jet kepunyaan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk berlepas dari Shanghai hari ini.

    Menurut data penjejakan penerbangan China menunjukkan, ketika ahli perniagaan itu mengakhiri lawatan ke China yang telah melihat beliau menyatakan harapan untuk mengembangkan perniagaan dalam pasaran kenderaan elektrik terbesar di dunia.

    Jet peribadi Musk berlepas dari lapangan terbang Hongqiao Shanghai sejurus selepas 11 pagi (0300 GMT), menurut data daripada Umetrip, yang disokong oleh syarikat penerbangan utama milik negara China.

    Ia menuju ke Austin, Texas, di mana Tesla beribu pejabat.

    Musk merupakan salah seorang lelaki terkaya di dunia, sedang menamatkan lawatan pertamanya ke China dalam tempoh lebih tiga tahun.

    Kelmrin, dia melawat kilang Tesla di pinggir Shanghai dan bertemu dengan pekerja, seperti yang ditunjukkan dalam satu siaran di media social, Weibo China oleh naib presiden global syarikat kereta itu, Grace Tao.

    Pada awal hari itu, beliau bertemu Menteri Perdagangan Wang Wentao di Beijing, memuji ‘kehidupan dan janji China’ dan menyatakan ‘keyakinan penuh dalam pasaran China’, menurut bacaan.

    Musk dan Tesla tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai lawatan itu, atau menjawab permintaan AFP untuk mendapatkan komen.

    Jutawan itu mempunyai kepentingan perniagaan yang luas di negara itu dan memberitahu Menteri Luar Negeri, Qin Gang baru-baru ini bahawa syarikatnya ‘bersedia untuk terus mengembangkan perniagaannya di China’, menurut kementerian luar negeri. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda