Thursday, May 8, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jet pejuang AS terhempas di Laut Merah

    WASHINGTON, 7 MEI – Sebuah jet pejuang Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) terhempas di Laut Merah ketika cuba mendarat di atas kapal pengangkut pesawat, lapor agensi berita Jerman (dpa) memetik laporan media AS.

    Menurut stesen penyiaran CNN, juruterbang dan seorang pegawai sistem persenjataan sempat melentingkan diri dari pesawat dan diselamatkan dari laut dengan hanya mengalami kecederaan ringan.

    Pesawat berkenaan masih belum ditemukan.

    Seorang pegawai pertahanan Amerika mengesahkan kejadian itu kepada Business Insider, sambil memaklumkan bahawa tiada anggota di dek penerbangan yang cedera.

    Insiden ini merupakan ‘kehilangan’ kedua pesawat pejuang F/A-18 – yang dianggarkan bernilai lebih AS$60 juta sebuah – dari kapal pengangkut pesawat USS Harry S. Truman dalam tempoh lebih seminggu.

    Dalam kejadian sebelum ini, sebuah jet pejuang Jet F/A-18E Super Hornet dilaporkan ‘hilang’ di Laut Merah selepas tergelincir dari kapal induk USS Harry S Truman.

    USS Harry S. Truman dikerahkan ke Laut Merah sebagai sebahagian daripada operasi AS berkaitan kumpulan Houthi di Yaman. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda