Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jet pejuang F-5 terhempas ketika latihan

    BANGKOK, 3 DIS – Sebuah jet pejuang F-5 terhempas semasa menjalani latihan di daerah Chai Badan, di Lopburi, Thailand hari ini, menyebabkan juruterbangnya cedera parah.

    Kejadian berlaku kira-kira 11 pagi (waktu tempatan), jet itu terhempas di sebuah padang latihan.  

    Jurucakap Tentera Udara, Naib Marsyal Udara (AVM) Prapas Sornchaidee berkata juruterbang berjaya melenting keluar tetapi mengalami kecederaan parah.

    “Tentera Udara telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyiasat nahas itu,” katanya.

    Tambahnya, juruterbang itu kini menerima rawatan di hospital berhampiran dan dilaporkan dalam keadaan stabil. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda