Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Jet pejuang iringi SQ33 selepas ancaman bom palsu

    SINGAPURA, 28 SEPT – Singapura hari ini menghantar jet pejuang untuk mengiringi sebuah pesawat selepas seorang penumpang dalam kapal itu yang mendakwa dia mempunyai bom di dalam bagasinya dan menyerang anak kapal, menurut kenyataan polis hari ini.

    Pihak polis dimaklumkan mengenai ancaman bom pada penerbangan Singapore Airlines SQ33 dari San Francisco kira-kira 2:40 pagi hari ini, menurut kenyataan.

    Pesawat tersebut mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Changi kira-kira tiga jam kemudian, diiringi oleh jet pejuang.

    “Siasatan awal menunjukkan seorang penumpang lelaki berusia 37 tahun mendakwa terdapat bom dalam beg tangan dan menyerang anak kapal,” menurut kenyataan polis.

    Lelaki itu telah dihalang oleh anak kapal dan kemudian menahannya kerana membuat ugutan palsu pengganasan dan disyaki mengambil dadah.

    “Singapore Airlines mengesahkan bahawa seorang penumpang yang tidak terkawal didakwa menyerang seorang anak kapal dan membuat ancaman bom dalam penerbangan SQ33,” kata jurucakap syarikat penerbangan itu.

    Penumpang dan anak kapal mendarat seperti biasa selepas pemeriksaan keselamatan terhadap pesawat selesai, tambahnya.

    Di laman Facebook, kementerian pertahanan Singapura berkata jet pejuang F-16 telah mengiringi pesawat itu ke Lapangan Terbang Changi di mana skuad bom tentera dan polis lapangan terbang mengesahkan dakwaan penumpang itu adalah palsu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...