Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jet pejuang terhempas semasa latihan

    ISLAMABAD, 11 MAC – Sebuah jet pejuang Pakistan terhempas ketika raptai perbarisan tentera di ibu negara, nasib dua juruterbang dan lokasi tragedi belum diketahui.

    Rakaman di media sosial menunjukkan kepulan asap di angkasa selepas pesawat malang itu menjunam ke bumi berikutan gagal melakukan pusingan.

    Tentera Udara Pakistan (PAF), dalam satu kenyataan, berkata pesawat F-16 miliknya terhempas dekat di sini.

    “Tentera Udara Pakistan melaporkan bahawa pesawat F-16 PAF terhempas berhampiran Shakarparian, Islamabad semasa raptai perbarisan tentera yang akan diadakan pada 23 Mac nanti. Pasukan penyelamat telah dihantar ke lokasi kemalangan,” kata pasukan udara itu dalam satu kenyataan. Jet F-16 adalah antara aset terpenting PAF, yang memiliki kira-kira 50 pesawat seumpamanya, bernilai sekurang-kurangnya AS$40 juta.

    Pegawai keselamatan kedua bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan juga mengesahkan kemalangan itu.

    Latihan diadakan sebelum perarakan tentera tahunan yang akan diadakan di Islamabad bulan ini untuk meraikan Hari Pakistan. Pakistan mempunyai rekod insiden kemalangan kapal terbang dan helikopter yang terhempas sebelum ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda