Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Jho Low, bapa dihukum penjara

    KUALA LUMPUR, 17 OKT – Ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low dan bapanya, Tan Sri Larry Low Hock Peng dijatuhi hukuman penjara kerana melanggar pembekuan aset atau perintah injunksi Mareva yang dikeluarkan mahkamah pada Mac dan April tahun ini yang memerlukan mereka mendedahkan lokasi keberadaan dan aset mereka.

    Hakim Mahkamah Tinggi Hayatul Akmal Abdul Aziz mengeluarkan waran komital itu selepas membenarkan permohonan peguam 1Malaysia Development Berhad, Siva Kumar Kanagasabai.

    1MDB dan anak syarikatnya Global Diversified Investment Company Ltd (sebelum ini dikenali sebagai 1MDB Global Investments Ltd) memfailkan permohonan komital itu pada Mei, selepas tidak menerima sebarang maklum balas daripada defendan berdasarkan injunksi Mareva.

    Ketika ditemui pemberita selepas prosiding itu, Siva Kumar berkata hakim juga memerintahkan kedua-dua-nya membayar kos RM5,000.

    “Hakim juga menjatuhkan hukuman penjara sehingga penghinaan itu diselesaikan,” jelas peguam itu.

    Semasa prosiding hari ini, kedua-dua individu iaitu anak dan bapa tidak diwakili peguam kerana peguam mereka daripada Tetuan Valen, Oh & Partners telah menarik diri pada Julai lepas. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...