Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ji Hyun meterai kontrak dengan agensi baharu

    Pada 9 Mac, Wells Entertainment mengumumkan mereka telah menandatangani kontrak eksklusif dengan Son Ji Hyun.

    Mereka menyatakan bahawa ‘Son Ji Hyun ialah seorang pelakon dengan wajah elegan dan bakat lakonan yang menawan hati penonton yang membenarkannya menjiwai setiap watak yang dimainkannya, dan beliau telah menunjukkan perkembangan dalam bakat sepanjang kerjayanya,’ dan “Kami juga melihat potensi beliau dalam pelbagai drama, dan disebabkan kesemua kualiti berkenaan, maka telah menandatangani kontrak eksklusif dengan beliau. Kami akan memberikan sokongan penuh kepada beliau supaya beliau boleh menyerlah dalam pelbagai bidang yang diceburinya.”

    Son Ji Hyun pertama muncul dalam bidang hiburan sebagai anggota kumpulan wanita 4Minute pada tahun 2008 dan sejak itu, beliau telah bercabang untuk menceburi dalam lakonan sebagai aktres dalam pelbagai drama dan filem. Beliau berkata, “Saya berasa gembira kerana saya rasa saya telah diterima dalam sebuah keluarga yang mesra, dan saya bersyukur kerana diterima oleh agensi yang akan membantu saya mengembangkan kerjaya saya sebagai seorang aktres. Saya akan bekerja lebih keras untuk membayar balik atau menebus sokongan yang diberikan dengan menjadi pelakon yang lebih baik.” – Agensi

    Wells Entertainment mengumumkan mereka telah menandatangani kontrak eksklusif dengan Son Ji Hyun pada 9 Mac. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda