Saturday, May 10, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jiang, Kashafali cipta rekod Paralimpik

    TOKYO, 30 OGOS – Atlet Paralimpik termuda China memecahkan rekod dunia dalam acara renang di Tokyo hari ini, sehari selepas bekas pelarian Norway, Salum Ageze Kashafali melakar rekod terpantas acara lari pecut 100 meter dalam sejarah Sukan Paralimpik.

    Digelar sebagai ‘Ikan Terbang’, Jiang Yuyan, 16, mencipta rekod dunia dalam acara renang kuak kupu-kupu S6 50 meter dengan catatan masa 34.56 saat hari ini, mengalahkan rekod 0.30 saat lebih pantas yang dimenangi di Kejuaraan Dunia 2019 di London semasa berusia 14 tahun.

    Jiang, yang kehilangan lengan kanan dan kaki kanannya setelah dilanggar oleh trak ketika berusia tiga tahun, mula menyertai sukan renang ketika berusia lapan tahun dan akan bertanding untuk memenangi emas Paralimpik pertamanya di final.

    Pada hari keenam Sukan Paralimpik, bintang pecut Britain, Jonnie Peacock memburu pingat emas acara 100m Paralimpik ketiga berturut-turut ketika dia berjaya mara ke final T64.

    Tetapi dia perlu mengalahkan Felix Streng dari Jerman, yang tampil luar biasa semasa dalam acara kelayakan dengan mencatat masa terpantas Ahad lepas.

    Rekod baharu telah dicipta setiap hari di Sukan Tokyo dan atlet dari Norway, Kashafali Ahad lalu menjadi atlet lari pecut 100m terpantas dalam sejarah Paralimpik dengan mencatat masa 10.46 saat di final T12.

    “Saya tidak tahu harus berkata apa,” kata atlet berusia 27 tahun itu selepas perlumbaan sambil menangis. “Saya datang dengan tangan kosong. Saya datang selepas mengemis di jalanan.”

    Atlet Norway itu mengalami masalah penglihatan itu, melarikan diri dari perang saudara di Congo bersama keluarganya ketika masih kecil dan menyertai sukan olahraga ketika remaja di kediaman baharunya.

    “Saya telah melalui banyak perkara, dari peluru hingga kelaparan dan berada di sini sebagai salah satu perkara terbaik bagi saya,” kata Kashafali. – AFP

    Aksi Jiang Yuyan dari China semasa dalam pertandingan final acara renang kuak kupu-kupu S6 50m wanita semasa di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Pusat Akuatik Tokyo semalam. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda