Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Jie-Ee Wei, Hou-Fareez calon rebut Anugerah Pemain Terbaik BWF

    KUALA LUMPUR, 21 NOV – Beregu campuran Malaysia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dicalonkan dalam kategori Pemain Paling Meningkat Tahunan dalam Anugerah Pemain Terbaik Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) tahun ini.

    Gandingan di ranking kesembilan dunia itu dicabar Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin dari China dan beregu lelaki Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dalam
    kategori sama, menurut BWF dalam kenyataan hari ini.

    Pasangan Malaysia yang masing-masing berusia 25 dan 23 tahun itu meraih dua kejuaraan Jelajah Dunia Super 300 musim ini iaitu Masters Orleans dan Terbuka Taiwan.

    Juara perseorangan Paralimpik Cheah Liek Hou merupakan calon kategori Pemain Lelaki Badminton Para Terbaik Tahunan.

    Daiki Kajiwara (Jepun), Lucas Mazur (Perancis) dan Kim Jung Jun (Korea Selatan) juga disenarai pendek dalam kategori sama dengan Liek Hou.

    Liek Hou turut tercalon dalam kategori Pemain Badminton Beregu Para Terbaik Tahunan bersama gandingannya Muhammad Fareez Anuar bersama pesaing mereka iaitu beregu wanita Jepun Sarina Satomi-Yuma Yamazaki dan tiga beregu Indonesia – Hikmat Ramdan-Leani Ratri Oktila (beregu campuran), Subhan Subhan-Rina Marlina (beregu campuran), Leani Ratri Oktila-Khalimatus Sadiyah (beregu wanita).

    Sementara itu, juara dunia perseorangan lelaki Kunlavut Vitidsarn dari Thailand dan pemain nombor satu dunia Viktor Axelsen dari Denmark akan bersaing dalam kategori Pemain Lelaki Terbaik Tahunan dengan seorang lagi pemain dari Korea Selatan Seo Seung Jae. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...