Monday, February 3, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jihan Muse selamat bersalin ‘hero’ ketiga

    Pengacara Jihan Muse selamat melahirkan anak ketiga pada 15 Januari lalu di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor.

    Berkongsi khabar gembira itu, Jihan atau Nur Jihan Muse, 42, turut meluahkan rasa syukur atas amanah yang dikurniakan.

    “Syukur sangat atas kurniaan rezeki Allah kurniakan buat kami sekeluarga.

    “Bermulah episod belajar lagi untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah untuk jaga anak-anak yang Allah berikan,” katanya kepada mStar.

    Jihan dan suaminya iaitu pelakon Ungku Hariz, 40, pada Sabtu mengumumkan kelahiran anak damit ketiga mereka di Instagram.

    Anak damit lelaki berkenaan diberi nama Ungku Attufayl Adl.

    “Nama diambil sempena sahabat Rasulullah iaitu At-Tufayl ibn Amr. Kisahnya sangat menarik.

    “Nama anak-anak juga kami letakkan Asmaul Husna di belakang. Adl bermaksud adil,” ujarnya.

    Untuk rekod, Jihan dan Hariz mendirikan rumah tangga pada 29 Mac 2016.

    Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Ungku Arsalan Haq, 7 dan Ungku Altamis Barr khas, 3 tahun. – Agensi

    Jihan (kanan) selamat melahirkan cahaya mata ketiga. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda