Friday, March 21, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jika ajal belum tiba

    SYDNEY, 12 Ogos 2003 – Seorang nelayan berusia 82 tahun dan rakannya yang berusia 77 tahun terselamat dalam perjalanan mengerikan mengharungi perairan yang dipenuhi buaya dan ikan jerung pada hujung minggu selepas kapal mereka karam di pantai timur, Australia.

    Kedua-dua mereka menceritakan semula bagaimana kapal kecil mereka dipukul ombak yang tidak dijangkakan ketika mereka menangkap ikan di perairan pantai utara Queensland lewat Jumaat lalu.

    Ross Pennisi, 82, dan Phillip Sorbello, 77, berkata selama dua jam mereka ber-paut pada kapal mereka yang terbalik ketika ia hanyut di perairan dipenuhi ikan jerung dan kemudian mengheretnya dalam keadaan gelap melalui tempat cetek dan berbakau untuk mendapatkan pertolongan.

    Selepas bergerak sejauh empat kilometer, kedua-dua mereka terpaksa berhenti di satu anak sungai yang diketahui dipenuhi buaya.

    “Buaya-buaya ini besar, dan nampak kelaparan,” kata Pennisi. Kedua-dua mereka akhirnya berjaya dilihat oleh helikopter yang melancarkan operasi mencari lewat Jumaat lalu, kira-kira enam jam selepas mereka sampai di pantai. Pennisi berkata dia dan Sorbello percaya mereka mungkin mati di laut.

    “Saya menyangka terlalu perlahan untuk kami berjaya sampai ke pantai, tetapi Tuhan telah menolong kami untuk sampai selepas dua jam,” katanya. “Keadaan sukar sepanjang hidup saya dan bersyukur kepada Tuhan,” tambahnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda