Wednesday, September 25, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jill Biden umumkan AS$500 juta untuk penyelidikan kesihatan wanita

    NEW YORK, 24 SEPT – Wanita Pertama Amerika Syarikat (AS), Jill Biden kelmarin mengumumkan Pentagon akan membelanjakan AS$500 juta setiap tahun untuk memajukan penyelidikan kesihatan wanita, sebagai sebahagian daripada usaha yang lebih meluas dari Rumah Putih.

    “Jabatan Pertahanan kini telah memberikan setengah bilion dolar untuk kesihatan wanita, kepada wanita dalam perkhidmatan, yang kemudiannya untuk semua wanita,” kata Biden pada mesyuarat tahunan Inisiatif Global Clinton.

    “Wang ini akan digunakan untuk kajian arthritis dan keletihan kronik serta kesihatan kardiovaskular yang mana ia adalah masalah besar, dan sudah tiba masa untuk mengatasinya,” tambah wanita berusia 73 tahun itu, yang turut bercakap bersama Chelsea Clinton, anak perempuan bekas presiden Bill Clinton dalam acara itu.

    Dalam satu kenyataan, Jabatan Pertahanan berkata pelaburan itu penting untuk memenuhi keperluan kritikal wanita di bawah jagaannya yang merangkumi 230,000 yang masih bertugas aktif, dua juta pesara tentera wanita dan juga ahli keluarga mereka.

    “Berbanding lelaki, populasi ini mengalami lebih daripada dua kali ganda kadar keadaan dalam kategori gangguan hematologi, genitourinari, endokrin, pemakanan dan gangguan berkaitan imuniti,” katanya.

    Langkah itu dibuat selepas Presiden Joe Biden pada Mac menandatangani perintah yang bertujuan untuk menutup jurang jantina dalam ujian klinikal dan penjagaan serta mengarahkan AS$200 juta pada tahun fiskal 2025 ke arah Dana baharu untuk Kesihatan Wanita.

    Penyelidikan perubatan telah lama mengabaikan keperluan khusus wanita dan hanya pada tahun 1993 Kongres meluluskan undang-undang yang mewajibkan penyertaan wanita dalam ujian klinikal tajaan kerajaan. – AFP

    Wanita Pertama AS, Jill Biden selepas berucap di mesyuarat tahunan Inisiatif Global Clinton di New York City kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda