Friday, November 15, 2024
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jima’ di siang hari Ramadhan: Bila tidak dikenakan kaffarah?

    (Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

    Disediakan oleh Jabatan Mufti Kerajaan – 

    Bulan Ramadhan merupakan sebaik-baik bulan. Ia dikhususkan dengan kemuliaan dan fadhilat yang tidak terdapat pada bulan yang lain. 
     
    Kerana kelebihannya itu, ada perkara yang jika dilakukan di dalamnya dikira sebagai mencemar kesuciannya. Antaranya ialah melakukan jima‘ pada siang hari bulan Ramadhan. 
     
    Akibat daripada mencemar kesucian bulan Ramadhan dengan jima‘ ini, maka orang yang melakukannya dikenakan kaffarah. Kaffarah ini diwajibkan dengan tujuan untuk menghapus atau menutup dosa yang dilakukannya sehingga tidak ada lagi pengaruhnya atau kesan dosa itu baik di dunia mahupun di akhirat. Ia juga dikenakan sebagai hukuman atau denda kepadanya kerana melanggar ketetapan syara’ dan menjadi peringatan supaya tidak akan mengulang kesalahan yang sama pada masa akan datang. 
     
    Apa yang mungkin kurang diketahui umum ialah tidak semua jima‘ yang dilakukan di siang hari Ramadhan itu mewajibkan kaffarah. Allah Subhanahu wa Ta‘ala sangat adil lagi bijaksana dalam mengatur hukum. 
     
    Kaffarah hanya akan dikenakan sekiranya ia memenuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan. 
     
    Sekiranya syarat dan kriteria itu tidak dipenuhi, maka kaffarah dengan sendirinya akan gugur daripada tanggungan orang tersebut.
     
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda