Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Jimin BTS ambil langkah debut solo

    Jimin BTS kini sedang bersiap untuk debut solonya. Lapor dari Soompi, dia mengumumkannya sendiri dalam siaran langsung menerusi Weverse, baru-baru ini.

    “Saya rasa album yang saya sedang usahakan akan dikeluarkan pada bulan Mac,” kata Jimin.

    Penyanyi Vibe bersama Taeyang Bigbang itu menambah bahawa dia kini sedang mempersiapkan banyak perkara, sebelum benar-benar bersedia untuk debut solo. Semua untuk ARMY.

    “Sementara saya sedang menyiapkan banyak perkara yang boleh saya lakukan bersama awda semua nanti.

    “Saya merancang banyak perkara supaya kita boleh berseronok bersama, jadi saya rasa awda boleh menantikannya,” kata Jimin.

    Bukan ARMY sahaja yang menunggu. Lelaki kelahiran Busan ini turut mendedahkan bahawa dia tidak sabar untuk berkongsi albumnya dengan peminat.

    “Awda sudah lama menantikannya, jadi saya hendak umumkan berita ini sebelum memulakan (siaran),” katanya.

    Sejak BTS berehat tahun lepas, aktiviti solo Jimin terus pantas. Awal Januari, dia bekerjasama dengan idola zaman mudanya: Taeyang Big Bang di Vibe.

    Taeyang yang menelefon penerbit The Black Label, Teddy Park, sepintas lalu berkata dia akan sangat menikmatinya jika berkolaborasi dengan Jimin BTS.

    “Perkara ini melekat dalam ingatan saya, dan saya fikir ia adalah idea yang bagus,” kata Taeyang.

    Bukan itu sahaja, dia juga baru-baru ini dipilih sebagai duta global Dior. – Agensi

    Jimin tidak sabar untuk berkongsi albumnya dengan peminat. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...